Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 439 orang

Iklan
Gambar hiasan

BATU PAHAT - Mangsa banjir di daerah ini menurun sedikit kepada 439 orang setakat 8 malam ini berbanding 444 orang pada 4 petang Khamis, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menerusi satu kenyataan, JPBN memaklumkan hanya tinggal lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi dengan menempatkan 122 keluarga.

Iklan
Iklan

Lima PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan yang menempatkan 240 penduduk; Sekolah Agama (SA) Seri Bertam (enam orang); Dewan Orang Ramai Yong Peng (118 orang); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Comel (54 orang).

JPBN juga memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran dengan kedalaman 19.01 meter, pada petang ini.

Iklan

Cuaca dijangkakan mendung di Johor Bahru dan Pontian manakala lapan daerah lain dijangka cerah. - Bernama

Iklan