Khairulaming trending dengan 4 menu air untuk berbuka puasa

Iklan
Khairulaming kini trending selepas tampil dengan menu air minuman untuk berbuka puasa pada Khamis.

SHAH ALAM - Pempengaruh yang juga selebriti masakan popular Khairulaming kembali trending di Twitter selepas tampil dengan menu air minuman untuk berbuka puasa.

Video berdurasi dua minit 42 saat yang dimuat naik pada Khamis menunjukkan cara penyediaan empat menu air iaitu teh bunga longan, jus oren soda, bandung laici dan coconut shake gula melaka.

Iklan
Iklan

Menurut Khairulaming, menu minuman yang ditampilkan kali ini ringkas dan mudah untuk disediakan.

"Pertama blend satu tin buah laici bersama airnya... masukkan satu tin susu cair dan blend. Kemudian masukkan dalam jug yang mempunyai ais sebelum tambah sirap ros," terangnya dalam video berkenaan.

Iklan

Minuman berkenaan katanya, tidak perlu ditambah gula kerana sudah cukup manis.

Video berkenaan telah mendapat 1.3 juta tontonan dengan 16.1 retweets, 2,470 komen dan 28,000 like.

Iklan