Zii Jia sambar tiket suku akhir Terbuka Switzerland

Iklan
Zii Jia tidak menghadapi masalah menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen 21-19, 21-15 dalam aksi pusingan kedua Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah apabila mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Switzerland di Basel sebentar tadi.

Dalam aksi pusingan kedua itu, Zii Jia yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen 21-19, 21-15.

Iklan
Iklan

Sementara itu, beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tampil selaku pilihan utama ditunjuk jalan keluar apabila tewas 21-17, 16-21, 17-21 kepada wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.

Sebelum itu, satu lagi beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 15-21, 21-13, 21-15.

Iklan

Ee Yi-Yew Sin akan berdepan pemenang perlawanan antara pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga tampil cemerlang apabila mara ke suku akhir hasil kemenangan 11-21, 21-14, 21-14 ke atas pasangan China, He Ji Ting-Du Yue.

Iklan