Pengadil dapat lesen VAR seawal Ogos

Iklan
Hamidin - Foto Bernama

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjangkakan pengadil tempatan akan mendapat lesen untuk mengendalikan Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali gus memastikan teknologi itu dapat digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, seramai 30 pengadil dan pembantu pengadil akan dihantar untuk mengikuti kursus VAR dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kita telah memohon dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam urusan mendapatkan lesen VAR ini.

"Satu perjumpaan lanjut bersama Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina akan diadakan untuk kita melihat kelancaran proses untuk keperluan VAR.

Iklan

"Kita harap seawal bulan Ogos nanti, pengadil kita akan dapat lesen kerana dengan lesen itu membolehkan pengadil mengendalikan VAR,” katanya baru-baru ini.

Terdahulu, FAM memaklumkan, VAR akan mula diperkenalkan dalam saingan Liga-M musim ini, namun tidak secara menyeluruh kerana ia memerlukan latihan dan beberapa siri ujian terhadap teknologi tersebut.

Iklan

Hamidin berkata, FAM dan badan pentadbir Liga Malaysia (MFL), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengenal pasti beberapa vendor VAR yang diiktiraf oleh FIFA.

"Sasaran MFL adalah dua aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia. Kita tidak boleh terus lakukan untuk banyak perlawanan kerana ia melibatkan kos yang tinggi,” ujarnya.

Hamidin turut memaklumkan, pengadil, Nazmi Nasarudin dan dua pembantu pengadil antara individu terawal akan dilengkapi dengan pengetahuan mengenai VAR sebagai persiapan mereka ke Piala Dunia 2026.

"Kita akan hantar Nazmi dan pasukannya selama dua minggu menjalani latihan dan pelesenan VAR untuk dia dapatkan lesen yang awal,” jelasnya.