KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan rasmi baginda yang kebetulan jatuh pada hari pertama umat Islam menyambut 1 Ramadan.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada Khamis, baginda berkenan meraikan hari keputeraan secara sederhana selepas berbuka puasa dengan memotong kek dan bersantap bersama kakitangan Istana.