Syamsul, Puteri Sarah hadir ke pejabat Jawi

Iklan
Syamsul (kiri) dan Puteri Sarah.

SHAH ALAM - 'Mudah-mudahan ada jalan penyelesaian, doakan yang terbaik'.

Demikian harapan pengarah sensasi, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, terhadap kemelut rumah tangganya yang berlanjutan sejak empat tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Itu yang saya mahu tetapi kita tengok macam mana dan harap Sarah boleh berbincang secara baik dengan saya," katanya dalam satu video yang dimuat naik portal berita hiburan tempatan.

Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) jam 9.35 pada Jumaat bagi sesi perbincangan dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Iklan

Difahamkan, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, akan hadir ditemani adiknya ke sesi tersebut.

7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Iklan