Kongsi Rezeki Ramadan agih 3,000 bungkus makanan kepada asnaf

Iklan
Ismail Sabri merupakan penaung Kongsi Rezeki Ramadan.

SHAH ALAM - Program Kongsi Rezeki Ramadan menyasarkan agihan 3,000 bungkus makanan iftar kepada pelajar asnaf di sekitar Lembah Klang sepanjang bulan ini.

Bekas Pengarah Media dan Strategi Komunikasi Perdana Menteri kesembilan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir berkata, ia adalah satu usaha untuk membantu golongan tersebut sekali gus menjadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna buat mereka.