[VIDEO] Kemalangan maut: Penduduk Teluk Gong kemuka lima tuntutan

Iklan
Penduduk mengambil keputusan mengadakan demonstrasi aman di hadapan sebuah kilang bagi menuntut lima perkara mengatasi peningkatan kadar kemalangan maut.

KLANG - Tiga tahun bukan tempoh singkat bagi kira-kira 20,000 penduduk Teluk Gong di Pelabuhan Klang di sini yang terpaksa berdepan dengan ancaman kenderaan berat yang melalui jalan utama di kampung mereka.

Susulan itu, sebahagian penduduk mengambil keputusan mengadakan demonstrasi aman di hadapan sebuah kilang bagi menuntut lima perkara bagi mengatasi peningkatan kadar kemalangan maut.

Iklan
Iklan

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Gong, Rosli Ismail, 58, berkata, penduduk mengesyorkan agar agensi berkaitan segera bertindak dengan menetapkan had masa perjalanan kenderaan berat.

Menurutnya, ini bagi memudahkan perjalanan anak-anak penduduk di kampung berkenaan untuk ke sekolah pada waktu puncak iaitu ketika ke sekolah pada waktu pagi dan pulang dari sekolah pada waktu petang setiap hari.

Iklan

"Selain itu, penduduk juga mengesyorkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi terbabit dapat membina bonggol di kawasan-kawasan yang berisiko menyebabkan kemalangan.

"Penduduk juga mahu papan tanda peringatan had kelajuan di jalan-jalan tumpuan di sini ditambah dan 'speed braker' diadakan di kawasan berisiko tinggi serta palang had ketinggian di sekitar jalan sekolah rendah di Telok Gong," katanya.

Iklan

Beliau ditemui ketika demonstrasi aman berlangsung di hadapan sebuah kilang di Teluk Gong di sini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undanhan Negeri (ADUN) Perlabuhan Klang, Azmizan Zaman Huri pada Jumaat.

Rosli (kanan) menyerahkan notis tuntutan kepada Azmizan (tengah).

Pada Rabu, seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Kemalangan pada jam 11.25 pagi itu melibatkan sebuah treler melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

Dalam pada itu, Rosli menambah kemalangan maut kerap berlaku sejak sekian lama, namun meningkat secara mendadak kebelakangan ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan berat di jalan utama kampung itu.

Sementara itu, Azmizan ketika ditemui turut memaklumkan hampir 100 buah kenderaan menggunakan laluan utama di sepanjang kampung berkenaan dalam tempoh satu minit pada waktu puncak.