Peniaga didakwa tipu jual beli kereta

Iklan
Pihak polis membawa Kian Voon (dua dari kanan) untuk menghadapi tiga pertuduhan kes jenayah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Chuan Kian Voon, 46, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Nadia Othman dan Noorelynna Hanim Abd Halim.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menipu seorang lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 55 tahun dengan memperdayakan mereka dalam urusan jual beli kenderaan jenis Mercedes GLA 250, Porche Macan dan Honda Civic dengan deposit berjumlah RM30,200.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pasar raya di Cheras, pada bulan Jun dan 12 Disember 2022.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafiezah Mohamed Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Amirul Mukminin Mohd Sufian.

Iklan

Mahkamah kemudiannya membenarkan Kian Voon diikat jamin sebanyak RM14,000 bagi kesemua pertuduhan, dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 dan 16 Mei depan.