Jangan bezakan kepimpinan Noraini, Shahrizat

Iklan
Rosni

SHAH ALAM - Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar menegaskan kepada ahli sayap untuk tidak membezakan kepimpinan ketua sayap, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dengan pemimpin Wanita UMNO terdahulu, termasuklah Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurutnya, ketika Noraini mengambil alih kepimpinan sayap berkenaan selepas Shahrizat mengundurkan diri pasca kekalahan besar UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 bukanlah satu tugas yang mudah.

Iklan
Iklan

"Beliau juga mendapat mandat daripada 112 Wanita UMNO Bahagian dalam pemilihan UMNO baru-baru ini berbanding Shahrizat yang mendapat 77 undian sahaja,” katanya melalui hantaran di Facebook pada Jumaat.

Rosni

Rosni berkata, biarpun baru sepenggal menggalas tanggungjawab tersebut, Noraini telah berjaya menyatukan Wanita UMNO.

Iklan

Jelasnya, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong itu berjaya meningkatkan jumlah calon Wanita untuk semua pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri (PRN) berbanding sebelum ini.

"Sebagai contoh di PRN Johor, calon Wanita melebihi 25 peratus.

Iklan

"Ketika menjadi Menteri Pengajian Tinggi, beliau mengiktiraf kemampuan dan kebolehan dengan melantik seramai 13 orang wanita sebagai Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor universiti di seluruh negara,” ujarnya.

Pada masa sama, Rosni menzahirkan penghargaan terhadap usaha Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam membantu penyatuan semula sayap parti dengan melantik Shahrizat sebagai salah seorang daripada 13 orang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO 2023-2016.

Tambah beliau, lantikan Shahrizat secara tidak langsung dapat membantu Ketua Wanita UMNO dalam portfolio dan kemasyarakatan di luar konteks Wanita UMNO.