SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.
SPNB alam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.
Iklan
Iklan
"SPNB berharap dengan pengalaman luas serta kepimpinan beliau, SPNB akan terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan," kata SPNB.
Husam memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan pada 1987.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim pada 2004 hingga 2008 serta Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim pada 2008 hingga 2013 (Exco kerajaan negeri Kelantan).
Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kemubu Agriculture Development Authority (KADA) dan juga sebagai Pengerusi Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan seperti Kifalah Sdn Bhd.
Artikel Berkaitan