Tun M dakwa UMNO gugur perjuangan asal

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sudah gugur daripada perjuangan asalnya dan kini yang tinggal hanyalah demi menyelamat pemimpin bergelumang dengan jenayah.

Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan perjuangan asas UMNO yang menjadi alat untuk kepentingan pemimpinnya.

Iklan
Iklan

"UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Dr Mahathir mengulas mengenai ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bimbang sentimen permainan kaum dan agama terus menular dengan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Iklan

UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Tambah Dr Mahathir, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asi termasuk perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Iklan

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh mereka pun tidak dibenar.

"Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.

"Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah kamu sendiri, sentuh kaum lain dan mengenai ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara mereka," jelasnya.