Mangsa banjir di Batu Pahat turun kepada 369 orang

Iklan
Keadaan banjir di Batu Pahat semakin pulih apabila ramai mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Keadaan banjir di Batu Pahat dilihat semakin pulih selepas jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 369 orang setakat 4 petang ini berbanding 419 orang pada 8 pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia berikutan 50 mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut.

Iklan
Iklan

"Keadaan banjir semakin baik, beberapa mangsa dapat pulang dan pembersihan juga telah dilakukan di rumah mereka,” menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan pada Jumaat.

JPBN memaklumkan lima PPS menempatkan 105 keluarga masih beroperasi setakat ini iaitu SK Seri Medan (174 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), Sekolah Agama (SA) Seri Comel (54 orang), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (21 orang) dan SA Seri Bertam (enam orang).

Iklan
Iklan

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 19.00 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan hujan pada petang ini. - Bernama