Wanita mengandung cedera, tersepit

Iklan
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut. Foto: ihsan JBPM

CAMERON HIGHLANDS - Seorang wanita mengandung tersepit dalam kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan dekat Hotel Titiwangsa, Brinchang pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Hilux dan Perodua Bezza.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 petang.

"Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

Iklan

"Seorang wanita berusia 28 tahun iaitu pemandu Bezza tersepit dan seorang lagi penumpang kereta itu iaitu ibu mangsa turut cedera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, anggota terlibat membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan seterusnya dihantar ke hospital.

Iklan