Nenek rayu cucu pulang segera

Iklan
Izara Hazreen sebak apabila diungkit mengenai kisah ibu kandungnya, Zurin yang dipercayai berada di Kota Tinggi, Johor.

MELAKA - Seorang nenek merayu agar cucunya segera pulang bagi menyelesaikan permohonan sijil kelahiran cicit bongsunya yang berusia enam tahun selepas ibu kandung kanak-kanak itu menghilangkan diri selepas beberapa hari melahirkan.

Norlia Kassim, 76, berkata, semenjak cicitnya, Izara Hazreen Mohd Hafis, 6, dilahirkan dia terpaksa mengerah tulang empat kerat memelihara kanak-kanak itu, bersama dua lagi adik-beradiknya yang lain iaitu Muhammad Izham Iskandar Mohd Hafis, 9 dan Muhammad Izham Hakimi Mohd Hafis, 8.

Iklan
Iklan

"Susah nak mohon sijil kelahiran Izara Hazreen di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebab ibunya Zurin Mohd Fuad, 31, tak pernah datang.

"Jadi saya rayu Zurin balik sekejap uruskan permohonan sijil kelahiran anak sebab kalau tak ada dokumen pengenalan diri susah nak uruskan sekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batang Tiga, Klebang di sini.

Iklan

Norlia Kassim, 76 (belakang, kanan) bersama menantunya yang juga nenek kandung kanak-kanak terbabit, Suzana abdullah, 52 (kiri) bersama Izara Hazreen (depan, kiri) dan abangnya Muhammad Izham Hakimi Mohd Hafis, 8.

Sementara itu, nenek kandung kepada tiga kanak-kanak itu, Suzana Abdullah, 52, berkata, pelbagai usaha dilakukan mereka sekeluarga bagi mengesan Zurin yang dipercayai berada di Kota Tinggi, Johor.

Iklan

"Izara selalu hidap asma dan banyak kali masuk Hospital Melaka. Bila tak ada sijil lahir, dia dianggap warga asing dan dikenakan bayaran mahal.

"Pernah pihak hospital minta sampai RM1,800 bayaran bil, saya tak mampu nak bayar," katanya yang juga seorang ibu tunggal dan meraih pendapatan dari hasil jualan kuih dengan RM30 sehari.

Dalam pada itu, Pengarah JPN negeri, Norazlee Sulaiman ketika dihubungi memaklumkan kanak-kanak tersebut masih boleh didaftarkan kelahirannya namun status kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.

"Kalau boleh keluarga terlibat perlu mengusahakan terlebih dahulu mencari ibu kandung kanak-kanak terbabit menerusi pelbagai medium termasuk hebahan media," katanya.