Remaja lelaki lemas jatuh longkang

Iklan
Anggota bomba mengangkat remaja lelaki yang terjatuh dan lemas di Taman Ungku Aminah, Skudai, Johor Bahru pada Jumaat

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Mahkota 7, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dekat sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.01 petang.

Iklan
Iklan

"Susulan itu seramai 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Faisal Ismail.

"Pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa menggunakan tali dan masuk ke dalam pembentung di mana mangsa tersangkut.

Iklan

"Selepas membawa mangsa naik ke kawasan selamat, pihak bomba melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) hadir kelokasi," katanya ketika dihubungi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Mohamad Riduan memberitahu, mangsa yang berusia 13 tahun itu dipercayai berasal dari Sarawak dan tinggal di flat berhampiran lokasi kejadian.

Katanya, mangsa sedang berjalan di kawasan berdekatan dengan dua individu yang lain sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam longkang ketika cuba menyeberangi longkang berkenaan.

"Ketika itu, air di longkang sudah penuh dan mangsa mungkin tidak perasan. Difahamkan, mangsa ingin menyeberang longkang tetapi tidak berjaya dan terjatuh.

"Arus air longkang agak deras dan mangsa kemudiannya dihanyutkan," katanya dan memaklumkan operasi ditamatkan pada jam 5.15 petang.