Pengunjung teruja sertai buka puasa ala Madinah

Iklan
Ibu bapa turut teruja membawa anak-anak merasai pengalaman berbuka puasa beramai-ramai ala Madinah.

SHAH ALAM - Program Iftar ala Madinah @Karangkraf membuka tirainya pada Jumaat dengan kehadiran ratusan pengunjung yang teruja untuk merasai pengalaman berbuka puasa ala Madinah.

Bagaimanapun, program yang dijadualkan berlangsung di dataran Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini dipindahkan ke dewan berikutan hujan.

Iklan
Iklan

Salah seorang pengunjung, Siti Amirah Mohd Ahmad Kamal, 30, berkata, ini kali pertama dia membawa ahli keluarganya ke program berkenaan.

Siti Amirah

Menurut suri rumah yang merupakan ibu kepada tujuh cahaya mata itu, anak-anaknya begitu teruja dengan suasana pengunjung duduk bersila beramai-ramai sambil menikmati juadah yang disediakan.

Iklan

Bagi Shamsul Hidayat Omar, 40, pula, cuaca hujan tidak menghalang dirinya membawa isteri dan empat anaknya ke program berkenaan walaupun selepas seharian bekerja.

Shamsul Hidayat

Ujar jurugambar itu, dia mendapat tahu mengenai Iftar ala Madinah @Karangkraf melalui rakannya yang berkongsi poster dan pautan kehadiran di WhatsApp.

Iklan

Sementara itu, Muhammad Aizat Kamarulzaman, 40, berkata, ini adalah tahun kedua dia sekeluarga hadir ke program tahunan anjuran Grup Sinar Karangkraf itu.

Muhammad Aizat

Malah, pemandu komuter itu turut merancang untuk mengajak lebih ramai kenalannya berkunjung ke sana bagi memeriahkan lagi suasana berbuka puasa.

"Menariknya, penganjur akan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelbagai peringkat umur. Jadi, sementara menunggu azan Maghrib, tiga anak saya dapat mengisi masa untuk melakukan aktiviti yang mereka suka,” katanya.

Menurut seorang operator, Muhammad Zulkifli Mohd Hanapi, 33, selain mencari pengalaman baharu bersama keluarganya, program Iftar ala Madinah @Karangkraf boleh menjadi satu platform terbaik untuk mengeratkan persaudaraan sesama Islam.

Muhammad Zulkifli

"Kita nak cari pengalaman, dalam masa yang sama nak beri kegembiraan kepada anak-anak. Kita lihat, ramai yang bawa anak-anak kecil datang ke sini, suasana kemeriahan itu sukar untuk dicari di tempat lain," katanya.

Selepas mendapat sambutan begitu menggalakkan sebelum ini, Iftar Ala Madinah @Karangkraf diteruskan lagi bermula pada 24 Mac hingga 18 April ini dengan jangkaan kehadiran seramai 1,000 pengunjung setiap hari.

Individu yang mahu menyertai program itu boleh mengesahkan kehadiran di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScXgaP2G9Wpz0KwZKoMisnYuJ6ImFz5wrfff8sAvjImNKxhxQ/viewform.

Bagi pihak yang ingin turut serta memberi infak makanan, barangan atau wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Sinar Karangkraf Sdn Bhd 564276 529068 (Maybank) atau melalui pautan https://info.sinarharian.com.my/tabung-infak-iftar-karangkraf/.

Pengunjung berkesempatan mendengar sesi tazkirah sementara menunggu waktu berbuka puasa.
Seorang pengunjung memanfaatkan waktu dengan mengaji al-Quran ketika menanti waktu berbuka puasa.