#Projek Baju Raya Karangkraf

Iklan

SHAH ALAM - Bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kumpulan Karangkraf menggerakkan #Projek Baju Raya bagi menyerikan kemeriahan Syawal dalam kalangan golongan yang tidak berkemampuan.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, melalui projek berkenaan, pihaknya mengumpul pakaian terpakai yang masih elok dan baharu untuk didermakan kepada golongan asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya.

Iklan
Iklan

"Sumbangan baju-baju berkenaan boleh dibawa ketika berlangsungnya Iftar ala Madinah @Karangkraf dan letak di dalam kotak derma yang disediakan di booth Sinar Harian mulai sekarang sehingga 14 April. Bermula 18 April, kita akan mula agihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan,” katanya pada Jumaat.

Nik Justin

Beliau berkata, baucar tunai Grup Buku Karangkraf bernilai RM10 turut menanti penyumbang.

Iklan

"Baucar berkenaan boleh digunakan untuk membeli barangan di Karangkraf Mall," katanya.

Dalam pada itu Nik Justin berkata, individu yang berniat untuk menyumbang diharap dapat memberi baju raya yang masih dalam keadaan baik.

Iklan

"Bayangkan kalau baju diterima sudah rosak, apa perasaan mereka. Jadi saya mohon kerjasama semua agar dapat membuat penilaian baju sebelum ingin menyumbang,” katanya.