FIFA mengeluarkan dokumentari mengenai Piala Dunia 2022 pada Jumaat yang membolehkan peminat bola sepak menonton aksi mendebarkan di sebalik tabir semasa kejohanan itu, lapor Agensi Anadolu.
Filem rasmi Qatar 2022 'Written in the Stars' itu diceritakan oleh pelakon Michael Sheen. Dokumentari selama satu jam 34 minit itu boleh ditonton secara percuma di laman sesawang FIFA.