Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus

Iklan
Keadaan tempat memasak di sebuah premis yang diperiksa.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan sebuah kedai makan ditutup berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Sepadu Bersih sekitar ibu kota.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, 60 notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL), Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (4), manakala Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dan Akta Kerajaan Tempatan 1976, masing-masing satu kompaun.

Iklan
Iklan

"Dengan kekuatan anggota kesihatan seramai 32 orang sebanyak 64 buah premis telah dilawati dan 48 premis diperiksa manakala sebanyak 16 buah premis ditutup semasa lawatan.

"Hasil pemeriksaan sebuah premis telah diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL.

Iklan

Pemeriksaan terhadap semua premis itu dilakukan pada Rabu lalu.

DBKL berkata, kesalahan dilakukan premis makanan itu termasuk meletakkan meja dan kerusi di siar kaki lima, dinding dapur tidak bersih, tanda najis tikus dan lipas di kawasan dapur, mencuci pinggan di belakang premis serta gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.

Iklan

Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village.