Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Iklan
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA - Seorang penghantar barang p-hailing diberkas selepas disyaki mencuri bungkusan berisi emas milik pelanggan dalam kejadian di Pangsapuri Inai, Pandan Indah di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1.05 petang itu, mangsa menerima panggilan daripada pihak penghantar barang memaklumkan bungkusan miliknya telah diletakkan di hadapan rumah.

Iklan
Iklan

"Suspek menyatakan bungkusan itu telah dihantar dan diletakkan di hadapan rumahnya.

"Mangsa bagaimanapun mendapati bungkusan mengandungi emas tersebut tiada disyaki telah dicuri oleh suspek," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, kerugian dianggarkan bernilai RM1,500.

"Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan suspek berumur 29 tahun itu kira-kira jam 12.30 tengah malam di Jalan SS 3/60 Petaling Jaya pada Sabtu.

Iklan

"Suspek turut didapati mempunyai satu rekod jenayah lampau menerusi semakan dijalankan," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas tersebut dan telah membeli aksesori dipasang pada motosikalnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.