Mak nyah mati dibelasah

Iklan
Shamsul Amar
KLANG - Seorang mak nyah yang dibelasah menggunakan senjata tumpul di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, di sini, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Mangsa berusia 32 tahun yang berasal dari Sabah itu disahkan meninggal dunia pada jam 10.47 pagi tadi

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa sebelum itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan oleh seorang pengawal keselamatan hotel tersebut kira-kira jam 7 pagi, semalam.

"Mangsa cedera di bahagian kepala dan bengkak di beberapa tubuh badan serta patah tapak tangan kiri disyaki dipukul sekumpulan lelaki dipercayai di antara lima hingga tujuh orang.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya jam 10.47 pagi tadi," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.