Lelaki Pakistan dihukum mati persenda agama

Iklan
Aktivis di Pakistan melaungkan kecaman terhadap individu yang mempersendakan agama baru-baru ini. - Foto AFP

PESHAWAR - Sebuah mahkamah antikeganasan di barat laut Pakistan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki selepas didakwa menyiarkan kandungan menghina agama dalam kumpulan WhatsApp.

Isu mempersendakan agama adalah perkara paling sensitif di Pakistan yang majoritinya beragama Islam.

Iklan
Iklan

Mahkamah di Peshawar pada Jumaat menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Syed Muhammad Zeeshan yang disabitkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah Elektronik dan Akta Anti-Pengganas di negara itu.

"Tertuduh Syed Muhammad Zeeshan iaitu anak Syed Zakaullah telah disabitkan dan dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah," menurut perintah mahkamah yang salinannya diperoleh AFP.

Iklan

Bagaimanapun, Syed Muhammad Zeeshan mempunyai hak untuk merayu terhadap hukuman yang diputuskan terhadapnya.

Peguam Ibrar Hussain memberitahu AFP, kes tersebut muncul selepas Muhammad Saeed yang tinggal di Talagang, wilayah Punjab memfailkan permohonan dengan Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) dua tahun lalu yang mendakwa Syed Muhammad Zeeshan menyiarkan kandungan mempersendakan agama dalam kumpulan WhatsApp.

Iklan

"FIA merampas telefon pintar Syed Muhammad Zeeshan dan pemeriksaan forensik membuktikan dia bersalah," katanya. - AFP