Ratusan laman web gangguan seksual kanak-kanak disekat

Iklan

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat lebih 400 laman web yang mengandungi gangguan seksual kanak-kanak dari 2015-2018 menerusi kerjasama dan pertukaran maklumat dengan pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dan Polis Diraja Malaysia.

Ketua Pegawai Pematuhan SKMM Zulkarnain Mohd Yassin berkata tindakan telah diambil mengikut Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia yang melarang pembekal perkhidmatan kandungan aplikasi atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan itu untuk mengeluarkan atau cuba mendapatkan kandungan tidak sopan, lucah, tidak benar, mengungut atau menyinggung perasaan dengan tujuan hendak mengusik, menggangu, mengancam atau menjengkelkan sesiapa juga.

Iklan
Iklan

"SKMM telah bekerjsama dengan lapan syarikat telekomunikasi utama dan pembekal perkhidmatan Internet untuk membolehkan perisian yang memberi kawalan kepada ibu bapa dapat dibeli pada harga berpatutan,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Bengkel dan Seminar Industri Tentang Eksploitasi dan Gangguan Seksual 2019 di ibu bepejabat SKMM di sini hari ini.

Seminar dua hari itu yang bermula hari ini dianjurkan bersama oleh SKMM dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Iklan

Zulkarnain berkata kejayaan dalam memastikan bahawa persekitaran dalam talian yang selamat buat kanak-kanak bergantung kepada kolaborasi dan kerjasama pelbagai pemegang taruh dan memerlukan peranan yang komprehensif dalam meningkatkan literasi media selain membina ketahanan dalam persekitaran yang dikawal oleh peraturan yang baik.

Sementara itu, Ketua Jabatan Literasi Digital SKMM Elvira Shamsuddin dalam pembentangannya tentang trend di Malaysia berkata hanya 12.2 percatus ibu bapa menggunakan perkhidmatan kawalan ibu bapa untuk memastikan keselamatan dalam talian anak-anak mereka.

Iklan

"Ibu bapa lain memilih untuk memeriksa akaun media sosial anak-anak mereka atau menyemak sejarah kegunaan pelayar (browser history), berbincang dengan anak-anak tentang keselamatan dalam talian, duduk menemani anak-anak ketika mereka menggunakan Internet dan menetapkan had tentang penggunaan Internet oleh anak-anak mereka,” katanya.

Elvira berkata masyarakat perlu melakukan lebih lagi untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak semasa menggunakan Internet. - Bernama