'Kuasa wanita dalam membanteras rasuah'

Iklan
Sharifah

SHAH ALAM- Peranan wanita amat signifikan dalam usaha mendidik masyarakat membenci perbuatan jijik rasuah.

Pengarah Eksekutif ESQ Leadership Center Sdn Bhd, Sharifah Noorul Huda Saiyid Hasan berkata, wanita yang juga berperanan sebagai ibu di rumah amat dekat dengan anak-anak, justeru peranan mereka amat besar dan mampu untuk menjayakan usaha membanteras rasuah.

Iklan
Iklan

"Anak-anak ibarat kain putih, ibu ayahlah yang mencorakkannya menjadi yang lain, banyak tergantung daripada corakkan ibu ayah.

"Sikap dan perbuatan seorang ibu amat besar pengaruhnya terhadap anak-anak, jadi bagi saya peranan mereka ini amat penting dalam menghidupkan nilai-nilai yang baik yang ada dalam diri anak-anak termasuk (mendidik menolak rasuah sejak kecil)," katanya kepada Rasuah Busters baru-baru ini.

Iklan

Katanya, nilai-nilai yang mulia ini perlu dihidupkan di rumah dan ibu ayah memainkan peranan yang besar dalam konteks tersebut.

"Nilai mulia ini adalah fitrah yang ada dalam diri semua manusia yang perlu dimunculkan, jadi adalah amat penting dalam usia kosong sehingga tujuh tahun itu tanam dalam diri anak-anak nilai.

Iklan

Dalam pada itu menyentuh mengenai punca rasuah, Sharifah berkata, sikap tamak menjadi pendorong manusia untuk melakukan perbuatan jijik rasuah.

"Desakan untuk mendapatkan sesuatu kebendaan yang berlebihan yang akan mewujudkan rasa tidak cukup, yang akhirnya dia terdorong untuk melakukan rasuah," katanya.

Justeru Sharifah berharap supaya gema kempen membenci rasuah dijadikan kempen seluruh Malaysia dalam usaha membanteras perbuatan rasuah dan usaha itu perlu bermula dari rumah.

"Pada saya ia harus bermula daripada ibu ayah yang ada kesedaran untuk menjadikan negara kita ke arah yang lebih baik, itu tidak boleh diharapkan oleh orang lain kita bermula dari rumah itu sendiri.

"Hidupkan nilai-nilai dalam diri yang boleh dicontohi oleh anak-anak dan juga menghargai niali-nilai mulia yang ada pada anak-anak.

"Semai dan suburkannya supaya mereka membesar menjadi orang-orang yang berpegang kepada nilai berakhlak tinggi," katanya.