Harga makanan di bazar Ramadan naik sedikit

Iklan
Orang ramai masih berkunjung ke bazar Ramadan walaupun harga makanan sedikit meningkat akibat kenaikan harga bahan mentah.

JOHOR BAHRU - Harga makanan di bazar Ramadan di negeri ini akan meningkat sedikit berikutan kenaikan harga bahan mentah di pasaran ketika ini.

Tinjauan Sinar Harian di bazar Ramadan di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah pada Sabtu, mendapati rata-rata peniaga memberikan alasan sama ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

Peniaga, Jamal Johari Mohd Fauzi, 35, kenaikan harga juadah bukan disengajakan kerana ia bergantung kepada harga barang mentah, namun kenaikan itu tidaklah begitu ketara.

"Barang niaga memang ada naik sebab barang mentah di pasaran naik, jadi kita naikkan sikit dan harap pengunjung faham.

Iklan

"Bila barang mentah naik, kita pun kenalah naikkan harga barang niaga. Harap fahamlah masalah yang dihadapi peniaga sekarang ni,” katanya.

Bagi Mohd Nahar Abdul Hamid, 54, pula, dia masih mengekalkan harga dan menganggapnya sebagai amal jariah di bulan mulia ini.

Iklan

"Saya masih jual pada harga biasa walaupun sekarang ni ramai yang kata ada barang basah macam telur, daging, ayam naik.

Peniaga bazar mengakui kenaikan harga barang niaga disebabkan kenaikan harga barang mentah.

"Saya anggap sebagai sedekah kepada pengunjung bazar kali ini. Lagi pun saya dapat sewa tapak niaga ni juga dengan harga sama daripada pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, jadi tak ada masalah setakat ini,” katanya.

Sementara itu bagi pengunjung, Mohd Wafiuddin Mohd Fauzi, 35, harga jualan di bazar Ramadan ketika ini dilihat masih sama dan tidak ada berlaku kenaikan yang begitu ketara sebagaimana diperkatakan.

Malah katanya, setiap hari orang ramai tetap mengunjungi bazar Ramadan di seluruh bagi mendapatkan makanan kegemaran masing-masing sebagai juadah berbuka puasa.

"Saya rasa harga macam sama sahaja setiap tahun. Memang tak ada isu harga barang naik, harga jualan pun naik.

"Kalau tengok, memang ramai pengunjung bazar Ramadan dan memang dapat sambutan,” katanya.