Wales curi satu mata dari Croatia

Iklan
Broadhead meledak gol penyamaan ketika Wales terikat 1-1 dengan Croatia awal pagi Ahad. - Foto Agensi.

WALES boleh menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu mata ketika seri 1-1 dengan pasukan separuh akhir Piala Dunia, Croatia awal pagi Ahad.

Nathan Broadhead muncul penyelamat apabila meledak gol pada masa kecederaan dalam saingan kelayakan Euro 2024 itu.

Iklan
Iklan

Dalam aksi itu, tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Andrej Kramaric pada separuh masa pertama.

Jaringan Kramaric pada minit ke-28 dilihat sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Croatia, namun skrip berubah pada penghujung perlawanan.

Iklan

Croatia gagal menyekat lontaran jauh Connor Roberts dan pemain gantian, Broadhead merembat bola masuk untuk meraih gol penyamaan.

Wales sudah mengharungi sembilan perlawanan tanpa kemenangan tetapi keputusan itu ibarat kemenangan buat anak buah Rob Page.

Iklan

Broadhead ketika ini beraksi untuk pasukan divisyen tiga Inggeris, Ipswich selepas berhijrah dari pasukan bergelut, Everton meluahkan rasa gembira dengan gol itu.

"Kami memerlukan satu mata. Kami datang ke sini untuk mencuba dan menang tetapi dapat satu mata juga bagus," ujar pemain berusia 24 tahun itu.