Joselu pacu kemenangan Sepanyol

Iklan
Joselu (kanan) menyumbat dua gol ketika membantu Sepanyol menewaskan Norway 3-0 awal pagi Ahad. - Foto AFP

DUA jaringan pantas Joselu memacu kemenangan Sepanyol ke atas Norway 3-0 dalam saingan kelayakan Euro 2024, awal pagi Ahad.

Norway yang beraksi tanpa penyerang berbisa, Erling Haaland buntu untuk mencari gol dalam aksi yang berlangsung di Malaga itu.

Iklan
Iklan

Dalam aksi itu, Dani Olmo membuka tirai jaringan pada minit ke-13.

Joselu yang masuk sebagai pemain gantian meledak pada minit ke-84 dan 85.

Iklan

Ia merupakan penampilan pertama pemain berusia 32 tahun itu bersama skuad kebangsaan.

Penyerang Espanyol itu menjadi pemain pertama yang menjaringkan dua gol pada penampilan sulung antarabangsa sejak Fernando Morientes pada 1998.

Iklan

"Ini adalah perkara terbaik buat seorang pemain bola sepak. Ia adalah ganjaran untuk kerja keras tanpa jemu," ujar Joselu.

Kemenangan itu melegakan jurulatih baharu, Luis de la Fuente dalam aksi pertamanya sebagai pengendali skuad tersebut.

Juara Eropah tiga kali itu akan menentang Scotland, yang menewaskan Cyprus 3-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.