Fasha Sandha tak sabar sambut Syawal

Iklan
Fasha dilantik sebagai duta rasmi jenama tekstil terkemuka Alfaro. - Foto Instagram Fasha Sandha

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, pelakon jelita Fasha Sandha memaklumkan perkara paling tidak sabar untuk dilakukan adalah menyediakan juadah berbuka buat keluarga.

Selain memperlahankan kerjaya seni, Fasha, 38, berkata, anak-anak juga menunjukkan reaksi teruja untuk mengerjakan ibadah puasa.

Iklan
Iklan

"Untuk bulan Ramadan ini saya memperlahankan sedikit kerjaya seni saya supaya ada masa untuk buat ibadah sunat yang lain dan banyakkan masa bersama keluarga.

"Kami akan beraya di Kuala Lumpur sahaja tahun ini. Anak saya cuti tak lama jadi tak boleh nak keluar dari KL sangat,” katanya kepada Gempak.

Iklan

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis menyambut Ramadan dan pelantikannya sebagai duta rasmi jenama tekstil terkemuka Alfaro yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

Kongsi Fasha, Alfaro turut menaja sebanyak 30 pasang busana hari raya buatnya sepanjang Syawal selain keluarga turut mengenakan koleksi terkini daripada jenama tersebut. - Awani

Iklan