TNB-GDS jalin kerjasama sedia bekalan elektrik bervoltan tinggi

Iklan
Kamal Arifin (dua dari kiri) menyampaikan perjanjian tambahan kepada ESA yang ditandatangani kepada Jamie Khoo (dua dari kanan) disaksikan Baharin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif GDS, William Wei Huang (kanan).

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalin perkongsian strategik bersama pengendali pusat data berprestasi tinggi di China, GDS IDC Services (Malaysia) Sdn Bhd (GDS) bagi menyediakan bekalan elektrik bervoltan tinggi ke kampus pertama pusat data GDS di Nusajaya Tech Park, Johor Bahru.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, kerjasama TNB-GDS melalui Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) itu membolehkan pusat data berkenaan beroperasi pada Julai ini dengan bekalan sementara sebanyak 16 Mega Wart (MW).

Iklan
Iklan

"Persediaan sedang dijalankan untuk memastikan peningkatan permintaan maksimum sebanyak 85.5MW dapat disalurkan tahun ini.

"Melalui penyediaan bekalan tenaga, TNB melengkapkan dasar mesra pelaburan asing kerajaan untuk memupuk pasaran pusat data yang sihat sekali gus membantu industri mencapai objektif perniagaannya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu Baharin memaklumkan, kerjasama TNB-GDS telah dimeterai pada Oktober 2022 dengan perjanjian tambahan ESA berlangsung Selasa lalu yang ditandatangani Ketua Pegawai Retail TNB, Kamal Arifin A Rahman dan Ketua Pegawai Operasi GDS, Jamie Khoo.

"Kami yakin kerjasama ini mempunyai potensi besar untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta rakyat Malaysia.

Iklan

"Bagi menyokong aspirasi GDS untuk menjadi syarikat pusat data pertama yang mencapai neutral karbon dengan penggunaan 100 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB) menjelang 2030, TNB akan memperluaskan kerjasamanya dalam penyediaan solusi tenaga pintar.

"Kerjasama ini adalah antara inisiatif yang mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital negara, didorong oleh peningkatan penggunaan perkhidmatan berasaskan awan, IoT, analisis data besar dan kepesatan pendigitalan di rantau ini," katanya.

Sementara itu Baharin menjelaskan, TNB sentiasa memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian tenaga mampan bagi memupuk pasaran yang kondusif kepada pelabur tempatan dan asing.

Inisiatif tersebut katanya, merupakan aspirasi TNB untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.