Polis tahan penyewa rumah kes penemuan berpuluh bangkai kucing

Iklan
Peminat kucing digemparkan dengan penemuan puluhan rangka dan bangkai haiwan dipercayai si bulus di dalam sebuah unit kediaman kondominium di Bandar Permaisuri.

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan rangka dan bangkai kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki tersebut dipercayai penyewa kondominium tersebut dan penahanannya adalah bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Katanya, individu berusia 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada Sabtu.

"Siasatan lanjut berhubung kes bangkai kucing ini sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Zam Halim sebelum ini mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung kes puluhan bangkai kucing ditemui sudah dibuka, namun identiti suspek masih dalam siasatan.

Peminat kucing digemparkan dengan penemuan puluhan rangka dan bangkai haiwan itu dalam sebuah unit kediaman kondominium di Bandar Permaisuri.

Iklan

Penemuan bangkai dan rangka haiwan itu susulan aduan penduduk ekoran bau busuk di kediaman berkenaan.

Pemilik kediaman yang dihubungi kemudian melakukan pemeriksaan di rumah yang disewanya kepada seorang lelaki tempatan berusia 30-an.

Pemeriksaan pemilik kediaman pada 11 Mac lalu terkejut apabila mendapati berpuluh rangka haiwan di dalam rumah tersebut.