Jenazah suami isteri nahas lima kenderaan selamat dikebumikan

Iklan
Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian jenazah pasangan suami itu di Tanah Perkuburan Balok di sini pada Ahad.

KUANTAN - Jenazah pasangan suami isteri, Allahyarham Faizul Azman Awang, 44, dan isterinya, Habsah Ismail, 44, yang maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk lori di Kilometer 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, Terengganu pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok, di sini pada Ahad.

Jenazah pasangan terbabit dikebumikan secara bersebelahan kira-kira jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

Anak saudara mangsa, Shafira Nadia Muhamad, 36, berkata, tragedi menimpa ahli keluarganya itu sesuatu yang amat mengejutkan.

Menurutnya, insiden berlaku ketika pasangan itu bersama seorang anak dalam perjalanan pulang dari melawat ahli keluarga yang meninggal dunia di Kuala Besut, Terengganu.

Iklan

"Dia sempat bergurau dengan saya ketika kami berbalas WhatsApp.

"Dia juga ada ajak pergi ke Kuala Besut menaiki keretanya tetapi saya terpaksa menolak kerana bercadang pergi ke sana bersama suami," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah pasangan suami isteri itu di Tanah Perkuburan Islam Balok, di sini.

Iklan

Anak pasangan terbabit, Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, yang parah masih dirawat di Hospital Setiu, Terengganu.

Katanya lagi, Allahyarham meninggalkan tiga anak, Nur Hafyza Elyana, 22, Nur Farysya Eryany, 19, dan Muhammad Daniel.

"Buat masa ini, anak-anak mangsa akan tinggal bersama ahli keluarga terdekat kerana kebanyakan kami tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.