PRN: DAP mahu pertahan 16 kerusi di Selangor

Iklan
Anthony (tengah) turut memotong kek selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor 2023 di Grand di sini pada Sabtu.

KLANG - DAP Selangor berhasrat mempertahankan semua 16 kerusi dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tidak lama lagi.

Malah parti itu juga menyimpan hasrat untuk menambah jumlah kerusi ditandingi oleh calon DAP dalam PRN negeri berkenaan biarpun kini bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Iklan
Iklan

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, 16 kerusi tersebut adalah jumlah minima selepas kesemua kerusi tersebut dimenangi DAP di Selangor dalam PRU14 pada Mei 2018.

"16 kerusi ini adalah kerusi yang disandang sebab itu saya meletakkan sasaran minima sebanyak 16 kerusi untuk DAP bertanding pada PRN Selangor pada kali ini.

Iklan

"Mungkin kita akan tambah kerusi kalau Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) beri sebab itu saya cakap (16 kerusi) itu minima," katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor 2023 di Grand Centre Ballroom di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor juga merupakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo serta pemimpin-pemimpin DAP negeri Selangor.

Iklan

Beliau menambah, DAP juga masih berunding dalam soal pengagihan kerusi dari semasa ke semasa sehingga sebelum hari penamaan calon dibuat dalam menghadapi PRN di Selangor.

"Ini kita akan bincang dengan Menteri Besar dan rakan-rakan pimpinan dan rundingan ini akan berterusan sehingga sebelum penamaan calon dibuat," katanya yang juga Menteri Pengangkutan.

Sementara itu, sebagai Pengerusi PH di Selangor, Amirudin pula yakin akan terus mengekalkan gabungan parti berkenaan untuk memerintah negeri itu berdasarkan perkhidmatan dan track rekod PH.

"(Saya yakin) 2000 peratus. Kita semasa pilihan raya, dengan rasa keyakinan (berdasarkan) dengan semua servis kita, track rekod kita dan sebagainya," katanya.

Beliau turut memaklumkan pencapaian PH Selangor di semua peti undi merentasi semua bangsa termasuk undi Melayu di sesetengah kawasan dengan pencapaian diperoleh agak tinggi.

"PH mencatatkan undi Melayu yang agak besar di negeri Selangor kalau tidak kita tidak akan menang di kerusi seperti di Parlimen Gombak dan Ampang.

"Macam di Hulu Selangor kita menang dengan majoriti besar di Kuala Kubu Baru namun kita masih ada kekurangan di Batang Kali dan Hulu Bernam dan itu saya rasa boleh diperbaiki dengan kewujudan Kerajaan Perpaduan," katanya.