KLANG - DAP menafikan laporan sebuah portal berita mendakwa parti itu menggugurkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook sebaliknya berkata, Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan sebarang senarai calon yang bakal bertanding dalam PRN.