PUTRAJAYA - Sudah tiba masa golongan asnaf diberikan bantuan buku ilmiah disamping bantuan lain untuk mendorong golongan tersebut maju dalam pelajaran dan kerjaya.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu diusulkan kepada para mufti dan Majlis Zakat yang ditemuinya.
"Dalam pertemuan saya dengan para mufti dan Majlis Zakat, saya katakan sudah sampai waktu untuk diberikan kepada golongan asnaf bukan lagi duit, dan makanan dan baju sekolah semata-mata tetapi mestilah diberikan buku kepada anak-anak asnaf.
"Ini bertujuan untuk mereka menghasilkan imaginasi yang akan mendorong mereka untuk maju dalam pelajaran dan didalam kerjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di kementerian itu hari ini
Beliau berkata, banyak kajian mendapati keluarga yang mempunyai koleksi buku-buku di rumah, anak-anak mereka lebih berjaya daripada keluarga yang tidak mempunyai buku di rumah.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca dalam rentang masa 10 tahun akan datang pada tahun 2030.
Maszlee berkata bagi mencapai hasrat tersebut, bermula antara 2021 hingga 2030 akan dijadikan sebagai Dekad Membaca Kebangsaan (DMK).
Beliau berkata tempoh tiga tahun sebelum bermulanya DMK, iaitu mulai tahun 2018 hingga 2020 pula ialah tempoh menggiatkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan.
"Oleh itu, slogan dan tagar #MALAYSIAMEMBACA dipilih dan akan dipopularkan agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia senantiasa menyelinap dalam sanubari dan denyut nadi masyarakat,"katanya.
Maszlee berkata DMK didukung falsafah membentuk masyarakat berilmu bertaraf dunia dengan fokus membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.
"Antara lain DMK bertujuan untuk meningkatkan tabiat membaca untuk tujuan rekreasi dan literasi ilmu bagi melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis.
DMK juga bertujuan memupuk minat membaca disamping q alah main-main mama menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu,"katanya.
Sehubungan itu beberapa strategi disusun dalam menjayakan program termasuk mewujudkan rangkaian kerjasama strategik yang merentas kementerian dan agensi kerajaan, kerajaan negeri, sektor korporat dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperkukuh dan memperluas daya cakupan pembudayaan membaca di Malaysia.
Selain itu gerakan program galakan membaca secara inklusif ke pelbagai organisasi di seluruh Malaysia seperti di sekolah, pusat pengajian tinggi, tempat tumpuan awam, pusat membeli belah, pengangkutan awam, pusat komuniti, hospital dan sebagainya untuk mempertingkatkan kesedaran akan peri pentingnya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.