India lancar 36 satelit OneWeb ke orbit

Iklan

NEW DELHI - Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) pada Ahad melancarkan roket LVM3 yang membawa 36 satelit komunikasi OneWeb.

Roket itu dilancarkan pada 9 pagi (03:30 GMT) dari Pusat Angkasa Satish Dhawan yang terletak di pulau tenggara Sriharikota dan pelancaran berkenaan turut disiarkan oleh ISRO, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Pelancaran itu melengkapkan penggunaan OneWeb yang terdiri daripada lebih 600 satelit di orbit yang bakal menyediakan internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia.

Ini adalah kali kedua OneWeb menggunakan perkhidmatan ISRO untuk melancarkan satelit.

Iklan

Sebelum ini, kelompok pertama 36 satelit OneWeb telah dilancarkan ke orbit pada Oktober 2022 dengan menggunakan roket India.

Projek OneWeb direka untuk menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada pengguna di seluruh dunia menjelang 2027.

Iklan

Pada November 2020, OneWeb mengisytiharkan muflis dan telah dijual kepada kerajaan United Kingdom dan syarikat India, Bharti Global. - Bernama/ Sputnik