Merhom gesa hentikan xenophobia, kebencian pelarian Rohingya

Iklan
Zafar Ahmad

SHAH ALAM - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom) menggesa supaya aktiviti xenophobia dan kempen kebencian terhadap pelarian Rohingya di negara ini dihentikan.

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, pihaknya telah menerima banyak laporan jenayah kebencian daripada mangsa pelarian Rohingya termasuk kes langgar lari dan serangan fizikal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aktiviti kempen kebencian itu berpunca daripada dakwaan terhadap dirinya dua tahun lalu melibatkan kenyataannya yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Walaupun kempen kebencian semakin perlahan 2 tahun kemudian, ia bermula semula pada Januari 2023 yang mengakibatkan gangguan, ancaman dan jenayah benci terhadap pelarian Rohingya.

Iklan

"Ini menghalang mereka daripada pergi bekerja menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada April 2020, siaran media sosial mendakwa Zafar telah menuntut kewarganegaraan Malaysia bagi pelarian Rohingya dan secara langsung membawa kepada gelombang ucapan kebencian dan ugutan bunuh terhadapnya serta keluarganya.

Iklan

Beliau berkata, dakwaan itu juga disebar luas melalui platform-platform media sosial terutamanya TikTok dan Facebook.

Dalam pada itu, Zafar Ahmad berkata, sikap xenofobia terhadap pelarian Rohingya itu hanya akan menguatkan lagi Islamofobia.

"Kami faham terdapat beberapa isu yang mengakibatkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia berkaitan pelarian Rohingya.

"Kami berharap kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), pertubuhan masyarakat sivil dan wakil Rohingya akan duduk bersama untuk menangani isu-isu ini secara kolektif tanpa berlengah demi kepentingan semua pihak,” ujarnya.

Tambahnya, langkah segera dan strategi jangka panjang juga mesti dirangka untuk menghentikan penyalahgunaan dan pencabulan hak asasi manusia.

"Sebagai kumpulan etnik yang paling teraniaya di dunia, kami menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada, Europe, ASEAN, Persatuan Kerjasama Islam (OIC), Australia, New Zealand, agensi hak asasi manusia, organisasi masyarakat sivil, media dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan yang perlu dan praktikal menentang junta tentera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman di Myanmar.

"Rakyat Myanmar menderita dari masa ke semasa. Mereka akan dipaksa meninggalkan negara ini secara berterusan jika kita gagal menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan kekejaman di Myanmar.

"Akhir sekali, kami menyeru negara-negara penempatan semula untuk menambah kuota bagi penempatan semula bagi Rohingya kerana ramai di antara kita masih menunggu penempatan semula sejak dua dekad yang lalu,” jelasnya.