Mesir temui 2,000 kepala mumia kambing biri-biri

Iklan
Ribuan kepala kambing biri-biri yang digunakan untuk dipersembahkan kepada firaun Ramses II. - AFP

KAHERAH - Ahli arkeologi Mesir menemui kira-kira 2,000 kepala kambing biri-biri mumia yang ditinggalkan untuk dipersembahkan di sebuah kuil kepada firaun Ramses II.

Kementerian Pelancongan dan Barang Antik berkata, mumia anjing, kambing, kijang dan musang turut ditemui oleh sepasukan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dari Universiti New York di Abydos di tapak terletak di selatan Mesir yang terkenal dengan kawasan kuil dan makam.

Iklan
Iklan

Ketua Misi Amerika, Sameh Iskandar berkata, kepala kambing digunakan sebagai persembahan terhadap pemujaan kepada Ramses II yang disambut 1,000 tahun selepas kematiannya.

Ramses II memerintah Mesir hampir tujuh dekad dari 1304 hingga 1237 sebelum Masihi.

Iklan

Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri berkata, penemuan itu akan membantu orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai kuil Ramses II dan aktiviti berlaku pada zaman itu dari pembinaanya antara tahun 2374 hingga 2140 sebelum Masihi serta zaman Ptolemaic dari 323 hingga 30 sebelum Masihi.

Selain bangkai haiwan mumia, ahli arkeologi menemui tinggalan istana dengan dinding setebal lima meter yang dibina sejak 4,000 tahun dahulu.

Iklan

Mereka turut menemui beberapa patung, kertas bertulisan, tinggalan pokok purba, pakaian kulit dan kasut.

Kaherah kerap mengumumkan penemuan arkeologi baharu yang digunakan untuk memberi kesan kepada politik dan ekonominya berbanding kepentingan saintifik atau sejarahnya.

Mesir yang didiami 105 juta penduduk terperangkap dalam krisis ekonomi dan bergantung kepada sektor pelancongan untuk pendapatan 10 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk mengajikan dua juta orang kakitangan awamnya. - AFP