Norhaeda kongsi rezeki dengan 48 ekor kucing jalanan

Iklan
Sikap mudah kasihan terhadap kucing membuatkan Norhaeda terus membawa pulang haiwan berkenaan yang dijumpai di jalanan untuk dijaga.

KOTA BHARU - Kenaikan kos sara hidup tidak menghalang seorang wanita memelihara 48 ekor kucing jalanan sebagai tanda kongsi kasih dengan 'si bulus'.

Meskipun perlu mengeluarkan belanja sekitar RM1,000 sebulan untuk membeli makanan kucing, Norhaeda Azahari, 48, tetap gigih melaksanakan tugas tersebut.

Iklan
Iklan

Norhaeda berkata, sikap mudah kasihan terhadap haiwan itu membuatkan dia akan membawa pulang haiwan berkenaan yang dijumpai di jalanan untuk dijaga.

"Setiap kucing terbiar di rumah ini ada cerita tersendiri. Ada yang kudung kaki, buta mata, berpenyakit kronik dan sebagainya.

Iklan
Kenaikan kos sara hidup tidak menghalang Norhaeda memelihara 48 kucing jalanan.

"Semua yang saya jumpa di jalanan pada awalnya berwajah buruk, kesihatan terjejas tetapi selepas dirawat, semua berubah sehingga ramai yang berminat untuk dijadikan haiwan peliharaan,” katanya.

Ujar pengusaha dobi itu, dia menganggap haiwan itu seperti ahli keluarga sendiri dengan memberikan nama panggilan yang unik sebagai tanda kasih.

Iklan
Ujar wanita baik hati ini, walaupun anjing ia tetap binatang yang perlu dikasihani.

"Antara nama yang diberikan seperti Enek, Nidung, King, Elo, Yang, Leng, Fifi dan bermacam-macam lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, gelagat si comel yang menghiburkan dan mencuit hati, membuatkan jiwa berasa tenang sehingga dia sukar berenggang dengan haiwan tersebut.

"Ramai yang bertanya pada saya, apa kelebihan memelihara kucing terbiar dengan kos makanan, perubatan dan sebagainya.

"Jawapan saya mudah, setiap kucing yang hadir dalam hidup membawa rezeki bersama,” katanya.