Ajar erti sabar bela kucing istimewa

Iklan
Momot dan Tora merupakan kucing kelainan upaya yang dibela Siti Azila dan suami.

SEREMBAN - Sepasang suami isteri di sini sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata ingin menjaga 12 ekor kucing termasuk dua daripadanya merupakan kucing kelainan upaya (KKU).

Malah, Siti Azila Alias, 38, dan suami, Mohd Shahril Ahmad, 38, turut mengakui kehadiran si comel itu membawa makna yang cukup besar buat mereka terutamanya dalam mengajar erti kesabaran.

Iklan
Iklan

"Saya ada dua kucing kelainan upaya yang diberi nama Momot dan Tora di mana Momot ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan oleh suami dalam longkang, tiga tahun lalu,” katanya.

Siti Azila dan suaminya bersama seekor kucing kelainan upaya.

Menceritakan kembali penemuan Momot, Siti Azila berkata, suaminya gemar memberi makanan kepada kucing jalanan dan Momot salah seekor kucing di situ.

Iklan

"Bagaimanapun satu hari, kelibatnya tak kelihatan sebelum kami menemui Momot di dalam longkang. Keadaannya lemah dan doktor sahkan Momot keguguran.

"Anaknya mati dalam perut selepas diserang anjing. Dalam keadaan macam tu, saya ambil keputusan untuk bela Momot sejak tahun 2020,” katanya.

Iklan
Siti Azila dan suami berkorban masa serta tenaga menjaga 12 ekor kucing.

Berkongsi perihal Tora, Siti Azila berkata, kucing kesayangannya itu dilahirkan normal, tetapi menghidap masalah saraf tulang belakang ketika berusia empat bulan.

"Disebabkan itu, Tora mula sukar untuk buang air kecil dan selepas dirujuk ke klinik, doktor terpaksa membuat pembedahan memotong perutnya," katanya.

Siti Azila tidak kisah membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk mengurus 12 ekor kucing.

Menurutnya, dia tidak kisah untuk membelanjakan kira-kira RM1,000 setiap bulan untuk kesemua kucingnya termasuk peralatan mencuci perut Tora.

"Dari segi perubatan setakat ini kami banyak habiskan untuk Tora. Kos bagi prosedur Cystostomy atau pembedahan bagi membuka saluran ke pundi kencing sebelum ini menelan kos lebih RM6,000,” katanya.