COLOMBO - SRI LANKA . Duta Amerika Syarikat (AS) ke Sri Lanka menafikan negaranya mempunyai maklumat awal mengenai serangan yang menyasarkan beberapa hotel dan gereja pada Ahad lalu, lapor CNN hari ini.
"Kami tiada maklumat awal serangan itu,” kata Duta AS Alaina Teplitz kepada saluran berita utama dunia itu dalam wawancara menyentuh serangan pengganas pada Ahad yang membunuh 359 orang, termasuk sekurang-kurangnya empat warga AS.