Pengalaman Ronaldo bantu kemenangan besar Portugal

Iklan
Ronaldo - Foto AFP

ROBERTO Martinez memuji pengalaman Cristiano Ronaldo ketika pemain berusia 38 tahun itu meledak dua gol untuk membantu Portugal membelasah Luxembourg 6-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024.

Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya apabila turut meledak dua kali ketika menentang Lichtenstein pada Khamis, melebarkan rekodnya kepada 198 penampilan dan 122 gol antarabangsa.

Iklan
Iklan

Joao Felix, Bernardo Silva, Otavio dan Rafael Leao turut mencetak nama selaku penjaring gol dan Martinez memuji Ronaldo yang disifatkannya antara pemain yang memiliki pengalaman luas dalam pasukan.

Bekas pengendali Belgium itu juga gembira dengan satu lagi rekod bersih tanpa bolos yang berjaya dilakukan oleh para pemainnya.

Iklan

"Saya menghargai keputusan tidak bolos ini berbanding jaringan enam gol itu. Perlawanan ini tidak mudah. ​​Apa yang penting dalam kedua-dua perlawanan adalah kerja dan konsistensi.

"Ia bukan sekadar menukar beberapa pilihan. Terdapat banyak pilihan, ia lebih kepada perubahan disebabkan oleh kecergasan pemain," katanya.

Iklan

Portugal mengungguli Kumpulan J, dua mata di atas Slovakia dengan dua mata dan perlawanan kelayakan seterusnya adalah pada bulan Jun apabila Selecao bakal menerima kunjungan Bosnia-Herzegovina.