Itali kembali temui rentak kemenangan

Iklan
Itali meraih tiga mata pertama kempen Kumpulan C Kelayakan Euro 2024 selepas menewaskan Malta.

DUA gol separuh masa pertama penyerang Mateo Retegui dan pemain tengah Matteo Pessina membolehkan penyandang juara Itali meraih kemenangan 2-0 ke atas Malta dalam kempen Kelayakan Euro 2024 di Stadium Nasional Ta Qali, Attard.

Skuad kendalian Roberto Mancini yang berusaha kembali ke landasan kemenangan selepas kekalahan 1-2 kepada England sebelum itu bermula garang apabila menguasai tempo permainan.

Iklan
Iklan

Namun Malta yang memulakan perlawanan dengan sangat bertahan menyaksikan Itali terpaksa membina permainan secara perlahan-lahan dari bahagian tengah bagi mencipta peluang menjaringkan gol.

"Ini merupakan perlawanan di mana anda mempunyai segala-galanya untuk kalah apabila melihat kepada taktikal pasukan lawan.

Iklan

"Kami memecahkan kebuntuan awal dan boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi perlawanan ini boleh menjadi pelik apabila berdepan taktikal pasukan lawan.

"Kami boleh melakukan segala-galanya dengan lebih baik, itu sudah pasti. Apabila anda mendahului 2-0, anda mempunyai peluang untuk bermain dengan kurang tekanan," kata Mancini selepas perlawanan

Iklan

Gol Retegui pada minit ke-15 diikuti Pessina (m-27) membolehkan Itali menduduki tangga kedua Kumpulan C dengan tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan.