TAMBUN - Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor berhampiran Changkat Kinding di sini pada Ahad.
Dalam kejadian itu, lelaki berusia 32 tahun beralamat di Taman Cahaya Tasek di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kemalangan diterima sekitar jam 10.44 malam melibatkan SUV Haval dan motosikal jenis Honda RS150.
"Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 21 tahun itu dari arah Tanjung Rambutan menghala ke Chemor.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
"Tiada tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.