Video solat laju: JAIPk siasat, beri teguran

Iklan
Tangkap layar perkongsian video memaparkan sekumpulan jemaah menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Perak.

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuat siasatan lanjut berhubung bacaan imam dalam solat tarawih di sebuah masjid di negeri ini sepertimana video tular di media sosial pada Ahad.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, tindakan lanjut termasuk teguran akan diberikan sekiranya didapati bacaan berkenaan tidak menepati hukum tajwid.

Iklan
Iklan

"Setakat ini belum ada laporan dibuat, namun sekiranya kami dapati bacaan imam tidak menepati hukum tajwid, maka teguran akan diberikan kepada pihak berkenaan," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Video berdurasi 1 minit 29 saat itu dimuat naik di laman Twitter sejak Jumaat menunjukkan sekumpulan jemaah menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Perak.

Iklan

Keadaan itu menjadi pertikaian orang ramai apabila solat lapan rakaat itu didirikan dengan cepat dan hanya selesai dalam tempoh 10 minit.

Iklan