Tiga RUU Pengangkutan dibentang kali pertama

Iklan
Anthony - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiga rang undang-undang berkaitan Kementerian Pengangkutan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Ia adalah Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.

Iklan
Iklan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika membentangkan kesemua rang undang-undang itu pada Isnin berkata, bacaan kali kedua juga akan dibuat pada persidangan kali ini.

Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) melibatkan 13 Fasal.

Iklan

Selain itu, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang antara lain bagi memperluas pengawal seliaan berkenaan pelesenan perniagaan pengantaraan kepada perkhidmatan kenderaan barangan.

Rang Undang-Undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 pula bertujuan untuk meminda Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987, antaranya memperuntukkan kenderaan p-hailing menjadi kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan. - Bernama

Iklan