Sorok makanan dalam tandas, mesin basuh

Iklan
Tindakan seorang wanita menyorokkan makanan di dalam tandas dan mesin basuh bagi dijual kepada individu yang tidak berpuasa terbongkar selepas diserbu Pejabat Agama Jajahan dan Majlis Daerah Bachok di Tangok, Bachok pada Ahad.

BACHOK - Tindakan seorang wanita menyorokkan makanan di dalam tandas dan mesin basuh bagi dijual kepada individu yang tidak berpuasa terbongkar selepas di serbu Pejabat Agama Jajahan dan Majlis Daerah Bachok di Tangok, di sini pada Ahad.

Dalam serbuan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh o ais berjaya dirampas.

Iklan
Iklan

Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemi Mat Yusof berkata, bertindak atas maklumat awam anggota bertugas telah mengesan rumah yang menjual makanan dan minuman kepada individu tidak berpuasa.

"Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 20 bungkus nasi disorok yang diletakkan di dalam mesin basuh. Selain itu kita turut menjumpai ayam perap berada di dalam tandas.

Iklan

"Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Tindakan seorang wanita menyorokkan makanan di dalam tandas dan mesin basuh bagi dijual kepada individu yang tidak berpuasa terbongkar selepas diserbu Pejabat Agama Jajahan dan Majlis Daerah Bachok di Tangok, Bachok pada Ahad.

Menurut beliau, hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.

Iklan

"Wanita yang berusia 40-an itu memaklumkan dia menjual dari rumah sepanjang Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa," katanya.

Suratemi memberitahu, satu notis amaran telah dikeluarkan kepada wanita berkenaan untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.

"Dalam operasi itu, tiada tangkapan dibuat berikutan mereka sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Kita menasihatkan kepada semua terutama orang Islam supaya tidak makan dan minum di waktu siang di tempat yang terbuka pada bulan ini dan menghormati orang berpuasa," katanya.