BALIK PULAU - Polis menyita 14 motosikal dan menahan dua remaja lelaki dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan lumba haram di daerah Barat Daya, di sini sejak Jumaat hingga Ahad.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, operasi berterusan terutama pada hujung minggu itu adalah untuk membanteras kegiatan samseng jalanan dan mat rempit serta jenayah jalanan.