Bayangan skuad B-22 ke Sukan SEA hampir lengkap

Iklan
ELAVARASAN - Foto FAM

PENGENDALI skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, E Elavarasan mengakui sudah mempunyai bayangan pemain untuk dibawa ke Sukan SEA Kemboja selepas berakhirnya saingan Piala Merlion pada Ahad.

Menurut Elavarasan, beliau juga optimis kecemerlangan yang dipamerkan para pemainnya di Piala Merlion itu mampu memastikan misi untuk mara ke final di temasya sukan serantau pada Mei ini dapat direalisasikan.

Iklan
Iklan

"Ini adalah kejohanan yang kita sasarkan untuk muncul juara. Sudah tentu 80 hingga 90 peratus kita sudah boleh nampak bayangan kerana pemain mampu bermain dalam liga yang tinggi.

"Sasaran kita juga tinggi pada Sukan SEA dan saya harap pemain dapat mengekalkan corak permainan seperti ini secara lebih konsisten,” katanya.

Iklan

Skuad Harimau Muda membuktikan kejaguhan dalam kejohanan Piala Merlion apabila muncul juara menewaskan pasukan B-22 Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad.

Dalam masa sama, Elavarasan berharap para pemainnya dapat terus berada pada tahap terbaik sebelum dipanggil untuk kem latihan sebelum dipanggil ke kem latihan Sukan SEA pada bulan depan.

Iklan

"Paling penting adalah pemain memberikan persembahan yang terbaik serta menunjukkan komitmen dan ia menjadi salah satu faktor kemenangan kita.

"Semua pemain dapat ikut apa yang kami mahukan dan saya harap mereka akan kekal cergas apabila dipanggil semula untuk kempen Sukan SEA Kemboja nanti," katanya.