Pengaruh masyarakat beri impak tinggi lawan rasuah

Iklan
Pengurus Hal Ehwal Agama Dan Penerbitan, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Ahmad Yani Abd Manaf (kiri) dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub (kanan) memberi penerangan tentang naskhah al-Quran terbitan Karangkraf kepada Ary Ginanjar semasa lawatannya pada Isnin.

SHAH ALAM - Pengaruh masyarakat berupaya memberi impak tinggi terhadap usaha memerangi rasuah.

Tokoh Pembangunan Karakter Indonesia, Dr Ary Ginanjar Agustin berkata, ia kerana memerangi rasuah itu terbahagi kepada beberapa cara termasuk penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan sentuhan emosional daripada masyarakat.

Iklan
Iklan

"Jika kita lihat di barat, mereka amat tegas dalam menguatkuasakan perundangan mengenai pencegahan korupsi.

"Sementara di timur seperti Jepun, mereka menekankan nilai spiritual dalam diri orang ramai sehingga wujud satu perasaan jijik atau tidak berkatnya kehidupan dalam mengambil rasuah.

Iklan

"Bagi mereka (rakyat Jepun), lebih baik mempunyai harta yang sedikit tetapi jujur daripada memiliki aset yang banyak tetapi korup. Jadi, inilah sebenarnya kesedaran yang kita nak sama-sama diterapkan,” katanya kepada Sinar Harian semasa melawat Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Ary Ginanjar menzahirkan kesyukuran terhadap kesedaran masyarakat di Indonesia dalam memerangi salah laku integriti.

Iklan

Ujar beliau, aplikasi media sosial menjadi medium penting bagi individu di republik sana membongkar isu berkaitannya.

"Begitu juga jika ada kakitangan yang memiliki kereta mewah sedangkan gaji mereka tidak sepadan, orang ramai akan turut menularkannya sehingga menyebabkannya diberhentikan,” jelasnya.

Kata beliau, memerangai salah laku integriti atau rasuah kini merupakan tanggungjawab utama rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.

"Jika kita telusuri perjuangan Rasulullah SAW pada 13 tahun pertama adalah membentuk akidah dan perilaku yang baik, setelah itu barulah beralih kepada penguatkuasaan undang-undang.

"Inilah yang mesti dilakukan, bukan sekadar memfokuskan kepada pelaksanaan sesebuah undang-undang tanpa memberi penekanan terhadap kelakuan dan kesedaran,” ujar Ary Ginanjar